Pages

Wednesday, March 30, 2011

hantu Kak Mel Balik Hostel..benarkah iya?



Di UiTM Sabah, semua tahu dengan gerangan kak mel atau nama panjangnya melati..sejauh mana kebenarannya itu tidak pasti tetapi pastinya ramai juga yang diserang histeria termasuk lelaki. pernah juga suatu ketika pelawat datang menginap semasa cuti di Klaster A, mereka menceritakan bahawa mereka di ganggu. baru-baru ini dikejutkan dengan gambar ini, dimana di ambil di unit kesihatan. untuk gambar yang lebih jelas sila zoom dengan klik pada gambar...
ZOOM

Friday, March 25, 2011

Kongsikan Pendapat anda 2- apa sebenarnya kemahuan wanita dari kaum adam?

Topik di atas agak membuatkan orang lain tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang ingin aku perkatakan..okey aku beri definisi tajuk diatas. Ia merujuk kepada apakah sebenarnya yang diinginkan oleh seorang wanita terhadap lelaki. persoalan ini agak abstrak dan agak susah nk di explainkan jika seseorang tidak pernah merasainya. okey kita buka topik. apakah sebenarnya yang perempuan mahukan dari lelaki dari perhubungan mahupun persahabatan?

situasi pertama:seorang wanita diberi kasih sayang yg secukupnya, cinta dan juga kepercayaan. tetapi perempuan itu spt tidak menghargai dengan memberi banyak rungutan terhadap lelaki tersebut sedangkan lelaki itu berkorban segalanya untuknya. lelaki itu buang egonya dan perempuan mengatakan bahawa dia menghargai tetapi tindak tanduknya seperti tidak. wanita ini mencari lelaki sesempurna Nabi Muhammad s.a.w ke sampai benda kecil pun jadi rungutan

situasi kedua: seorang wanita dan lelaki ini merupakan kawan baik sejak sekian lama. tetapi mereka hanya kawan baik dan tidak pernah terlibat dgn perasaan hati terhadap masing-masing. persoalannya disini perempuan itu juga seperti perempuan di situasi satu, suka merungut..adakah mereka ini mempunyai perasaan yang sama terhadap lelaki ataupun mereka hanya sekadar mahu lelaki-lelaki ini tunduk kepada perempuan?

kongsikan pendapat anda disini..saya bukan seorang genderisme.cuma ingin mencari kepastian apakah sebenarnya kemahuan wanita terhadap lelaki dari segi perhubungan cinta dan persahabatan..perlukah kesempurnaan itu di cari sehingga lelaki naik muak dan jemu?

cerita cuma berdasar kemusykilan yang saya ingin tahu,bukan xda kena mengena yang hidup dan yang telah tiada..

Tuesday, March 22, 2011

Kongsikan pendapat anda-Patutkah Lelaki Bergaya hanya demi awek??

Today aku ada nk share interesting topic which baru-baru ini aku alaminya sendiri. aku ada ketemu seorang kawan dan aku namakan dia sebagai H(tiada kena mengena dengan huruf depan namanya). pada satu hari ketika ingin pergi ke kelas, aku bertemu dengan beliau dan keadaan dia sangat2 selekeh dimana muka belum mandi, rambut tidak bersikat, baju tidak ber-iron tambah pulak kemeja, seluar singkat, stokin pula tidak pakai dan kasut hitam..pada pendapat anda itu smart ke ataupun trend? soalan yang aku ajukan kepada dia kenapa ko begini?

jawapan kepada soalan diatas: "biarlah bukan ada sapa nk tgk aku pun, awek aku pun xdak sini..rilek la brada..law ada awek kt sini baru la aku smart2.."(dalam hati aku berkata, ada jugak manusia begini.

kemudian situasi kedua adalah berlaku kepadaku dan setiap hari aku alaminya, aku ada seorang kawan aku namakan dia K, dimana aweknya juga berada di satu kelas yang sama tetapi hasilnya tetap sama, kawan aku tu tetap selekeh, baju tidak ber-iron, rambut tidak bersikat, pakai kemeja bersama seluar jeans dan kasut canvas spt converse tp jenama lain. jika dibandingkan dengan kedua-dua situasi di atas memang berbeza tetapi hasilnya sama..persoalannya aku disini....

1) Perlukah kita bergaya, smart, memakai minyak rambut, minyak wangi, baju kemas dan bersih hanya untuk awek??
2) Adakah kebersihan dan kekemasan itu hanya perlu apabila awek kita bersama kita?
3) Patutkah lelaki menjaga kekemasan diri dan pakaian?
4) Adakah awek menentukan personaliti seseorang lelaki?
5) Perempuan suka lelaki yang bagaimana?

anda boleh copy soalan ini dan buat entry baru di blog anda dan tinggalkan link di comment ini..kita tengok pendapat orang lain..sharing infomation is better than sharing gossip..then tag la 3 orang kawan anda..mari kita tengok resultnya..jangan lupa letak link blog saya yerr..=)

Sunday, March 20, 2011

Bahana Facebook

Saya suami yang bekerja sendiri manakala isteri bekerja sebagai guru. Dalam perkahwinan kami selama 22 tahun banyak cabaran dihadapi, sama ada besar mahupun kecil. Semuanya kami lalui dengan tabah walaupun sesetengah perkahwinan yang mengalami pengalaman seperti kami mungkin membawa kepada perceraian. Kami masih mampu bertahan, dengan izin Allah SWT. Isteri mula mengenali facebook daripada kawan guru di sekolah. Apabila isteri menyebut mengenai facebook, saya awal-awal lagi tidak bersetuju dan memberikan beberapa kes kehancuran rumah tangga akibat facebook. Namun secara diam-diam, isteri membuka juga akaun facebook.


Mula-mula berkongsi kandungan facebook beliau dengan saya yang tak pandai guna facebook. Lama-lama beliau semakin bijak dan pandai menggunakan ciri-ciri dalam facebook. Entah macam mana, satu hari saya terfikir untuk melihat kandungan facebook beliau dan saya dapati ada satu mesej yang isteri saya hantar kepada satu nama yang dijumpai, berbentuk pertanyaan adakah orang itu B yang belajar dengannya dulu? Hati saya hancur bila saya dapati B yang dicari itu adalah bekas teman lelakinya. Lalu dengan sedikit pengetahuan mengenai facebook, saya membuka akaun dengan menggunakan nama hampir sama dengan nama B, lalu saya berpura-pura mencari isteri saya. Satu mesej dihantar, tidak lama, terus mendapat jawapan.


Saya dapat bayangkan betapa gembiranya hati isteri saya ketika itu, dan betapa remuknya hati saya pula. Namun, saya bertahan dan teruskan kerana ingin tahu sejauh mana isteri saya pergi. Daripada mesej isteri saya kepada saya yang menyamar menjadi B, ada mesej yang berbaur keluhan. Kononnya saya sentiasa sibuk, tak ada banyak masa untuk dia. Dang Setia, saya hanya peruntukkan satu malam setiap minggu untuk membina kerjaya saya sehingga larut malam. Hari lain, selepas kerja, saya gunakan untuk keluarga. Namun syaitan memang begitu, membesar-besarkan sesuatu yang boleh merosakkan umat. Setelah beberapa mesej saya terima, akhirnya saya tak dapat bertahan lalu saya dedahkan apa yang saya dapat daripada mesejnya. Dipendekkan cerita, isteri saya mengakui kesilapannya dan memohon maaf. Saya maafkan. Hati saya sedikit lembut kerana beliau sebenarnya hanya dipermainkan oleh saya yang menyamar menjadi B.


Beberapa bulan lalu, saya rasa tidak selesa dan hati saya meronta-ronta untuk mengetahui adakah isteri saya benar-benar insaf. Ini kerana, saya ternampak dalam bil telefonnya, satu nombor luar daerah yang mempunyai masa berbual agak lama.


Allah nak tunjuk agaknya, entah maca mana, satu hari saya terpandang telefon bimbitnya dengan satu nama lelaki di muka telefon. Agaknya, dia lupa nak balik ke menu asal selepas membuat panggilan. Bila saya periksa nama dan nombor itu, ia sama seperti yang saya jumpa dalam bil. Berderau darah saya. Ketika saya sibuk di tingkat bawah, agaknya dia sibuk menghubungi lelaki itu. Saya namakan sebagai Z. Ketika sarapan pagi, saya tanya isteri saya siapa Z? Dia kata tak kenal... hmm.. mustahil. Saya desak, baru dia kata, itu kawan lama ITM... saya musykil, mana ada ITM keluarkan doktor perubatan pada 1980-an? Macam-macam alasan isteri saya buat. Dia pujuk saya, dia kata kawan lama di ITM, tak ada apa-apa dan hanya berhubung sekali.


Selang beberapa minggu, hati saya tak sedap lalu saya periksa telefon bimbit isteri, ada satu panggilan keluar ke nombor Z, dan ada satu mesej daripada Z bertanyakan “naperrr...” Saya bukan bodoh, isteri saya kata dia tertekan nombor itu. Saya terima alasan itu tapi saya terfikir mengenai mesej “naper...” Isteri saya kata Z kawan lama dan hanya sekali mereka berhubung, tapi jawapan “naperr..” seperti itu biasanya untuk orang yang biasa berhubung dan mesra. Saya mula mengatur strategi. Dipendekkan cerita, siasat punya siasat, rupa-rupanya isteri menjalin hubungan sulit dengan Z. Z juga teman lelaki lamanya yang dia jumpa semula dalam facebook. Namun isteri saya pandai, dia tak bercinta dalam facebook tapi membuka satu akaun e-mel baru dengan nama yang nampak macam e-mel kerja. Allah nak tunjuk, saya dibantu oleh sahabat yang pandai bidang IT, kami berjaya mengesan kata laluan facebook dan e-mel isteri saya.


Terkejut dan kecewanya saya. Kata laluan yang digunakan adalah kombinasi nama isteri saya dan nama Z. Ya Allah! Ini bukan hubungan biasa. Saya berjaya membaca e-mel mereka. Alangkah kecewanya saya bila membaca satu e-mel isteri saya kepada Z yang dimulai dengan lagu Maher Zain-Till The End Of My Life. Hancur luluh hati saya. Dalam kesibukan isteri saya, dalam diam, dalam kepura-puraan, rupa-rupanya bercinta. Bila kisah ini berjaya saya bongkar, isteri saya merayu-rayu memohon ampun dan ingin bertaubat. Bak kata Siti, walaupun suaminya memaafkan, masakan sama hati suaminya dulu dengan sekarang... itulah hati saya. Air mata saya mengalir setiap kali mendengar lagu Maher Zain itu, terbayangkan bagaimana ia dinyanyikan oleh isteri saya di depan Z. Saya sangat kecewa dan sedih. Anak tempat saya mengubat hati sekarang ini.


Saya nasihatkan kepada mereka yang berkahwin dan sekarang bersosial dengan facebook, hentikanlah kalau ia digunakan untuk berhubung dengan bukan kaum sejenis, terutama dengan kenalan lama. Inikan pula teman lelaki lama. Percayalah, walaupun bilangan kes seperti saya ini kecil, tidak mustahil ia akan bertambah. Bayangkan, dengan usia facebook yang baru setahun jagung, banyak rumah tangga retak dan musnah, tidak mustahil banyak lagi yang menunggu musnah. Yang sudah memulakan percintaan songsang, bertaubatlah!

AZAM

Shah Alam


Petikan dari Harian Metro

Monday, March 14, 2011

Dealmates nk bagi HTC for FREE?????


if korang xpercaya la kan??klik link dibawah!!!


ada kawan blogger dapat macbook pro haritu..jelesnye!!!

Saturday, March 12, 2011

Bagaimana Tsunami boleh sampai ke Perairan Sabah


saksikan kenapa Malaysia kluarkan amaran dan bagaimana tsunami tersebut boleh sampai ke Malaysia


Predicted Tsunami

tetapi walaubagaimanapun, kuasa Allah s.w.t tidak sapa boleh menafikan


Friday, March 11, 2011

JELAJAH BLOG 2011 : AKU INI BLOGGER LELAKI !


Sila jelaskan kenapa anda berblog ?
aku berblogging kerana ingin berkongsi ilmu,mencari ilmu, rakan-rakan dan banyak kawan blogger ku skang jadi kawan baik, teman berkongsi masalah,kakak angkat yg cumil lagi hot dan paling penting aku berblogging sebab aku suka mengadu disini...

Beri pendapat anda .. Kenapakah blogger lelaki lebih kreatif dan blog lelaki lebih mudah dapat perhatian dari blog wanita?
ini kerana lelaki banyak menghabeskan masanya dengan menaip adalah lelaki yang mempunyai sifat yang suka membantu, bercita-cita besar dan mempunyai pandangan yang bernas. perempuan juga kreatif dan ada juga blog yang saya suka kunjungi. pada pendapat saya, blog lelaki susah nk cari makan unless, dia pandai mencorakkan blognya dgn sifat diri sendri yang sahabat alam maya lain boleh merasainya. itu sebab saya ramai kawan rapat dri berblog


Blog wanita yang anda suka baca ...
of course my sis red linda mat topo..
dan
ada lagi dua tiga blog yang aku selalu baca tetapi link dia hilang sebab baru tukar template..huhu=(

Tinggalkan url entri anda diruangan komen ini ..
sesiapa nak join entry ini silakan..

Siapakah Yang Akan Mendatangi Kita Ketika SAKIT..................

Tak perlu Anda bersedih dalam sakit karena itu adalah ujian dalam ibadah Anda. Salah satu bukti kasih sayang-NYA adalah, Tuhan mengutus 4 malaikat untuk selalu menjaga kita dalam sakit. Berikut adalah penjelasannya;

“Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada saat sehat dan pada saat waktu senangnya.”

Ujaran Rasulullah SAW tsb diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadist yang lain Rasulullah bersabda :

"Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya."

Allah memerintahkan :

1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.

2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lezatnya makanan dari mulutnya

3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat pasi.

4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lezat, dan cahaya di wajah sang hamba.

Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa2nya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : "Ya Allah mengapa dosa2 ini tidak Engkau kembalikan?”.

Allah menjawab : “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa2nya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa2 tersebut ke dalam laut.”

Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”

Wallahu'alam...........

Thursday, March 10, 2011

Klik-Klik dan ikuti berita terkini...love ya Churpchurp












Klik pada description,bukan pada gambar..tq

Wednesday, March 9, 2011

PENTING KEPADA SEMUA RAKAN BLOG!! TOLONG BACA

ooney telah menukar template baru dan xsangka semua link blog kawan2 yang pernah ooney letak hilang la..boleh x kalian jenguk kesini dan inform balik tentang link blog kalian, maaf sesesangat..kepada yang baru nk exchange link pun boleh inform kepada ooney..thanks kawan2..!

Tuesday, March 8, 2011

Dia lebih matang dari Cikgu Shida Parit Raja Miming itu dan Pastinya Kelakar!!!

berkenaan dengan tajuk diatas, aku rasa semua video mat Luthfi ni lagi beri manfaat dan membawa mesej berguna kepada rakyat jelata. aku rasa dia ni anak jati utara sebab kebanyakan loghat yang dia guna suma utara tetapi stelah diamati, seperti dia ni berada diluar negara, mungkin belajar di oversea kot, apa2 pun tahniah untuk beliau kerana baru beberapa minggu upload video, viewers yang hit and tgk video dia da menjangkau 100k orang, banyak tu..video yang paling aku suka dan tergelak tengok adalah video ini..



rakan-rakan blog juga boleh tengok banyak lagi video yang kelakar tetapi membawa mesej tersendiri..tabik kepada MATLUTHFI90 kerana berjaya menyampaikan mesej yang berguna, teknik video yang juga hebat, beliau la yang membawa pelbagai watak dalam satu video.

Monday, March 7, 2011

sejauh mana kebenarannya?sila komen pendapat anda..=)

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

sila bayangkan adakah,anda berlaku sedemikian dan adakah juga pasangan anda begitu?


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Sunday, March 6, 2011

Cara-cara nak membuang FB photo viewer yang baru..


Terkejut juga bila buka Facebook tadi, nampaknya pihak Facebook menambah satu aplikasi terbaru iaitu Facebook Photo Viewer atau juga dikenali Theater Box baru. Tapi sesetengah pengguna tak suka benda ni.

Ramai juga yang comment mengatakan aplikasi terbaru dari Facebook ni tak berguna. Ni antara comment yang diorang hantar kat Mark Zuckberang Lihat Comment Di Sini

So macam mana nak padam/disable/remove Facebook Photo Viewer ni.

CARA-CARA :

1)

2) ataupun kalau anda buka Photo Viewer tu, keluar juga benda menyemak tu, terus tekan je button F5 kat keyboard tu


3) ataupun anda boleh memakai plugins yang ditawarkan oleh browser anda, kelebihan memakai plugins ini adalah, automaticaly disable Photo Viewer tu :

Mozilla Firefox Add-on:
* Facebook Lightbox Killer

Google Chrome Extensions:
* No Thanks, Theaterbox
* Facebook Lightbox Killer

Kredit to Kura-kura Sakti