Pages

Saturday, July 31, 2010

Cerita OoNey Time Baru Bangun...still jadi bedtime story ke?:-P

Assalamualaikum kepada rakan-rakan,
hai ebribodi..how are u guys?hehe malam ini OoNey ingin menceritakan kepada anda satu kisah yang tidak terdapat dimana-mana kedai tayar mahupun koperasi sekolah. ceritanya bermula begini...pada tanggal 23hb yang lepas OoNey dan pemain-pemain rugby UiTM Sabah telah bertandang ke labuan untuk menyertai Labuan 10's Open. Sangat excited pergi ke labuan,besala firsttime pegi sana..hehee so game pun sangat best dan result dia, Team Barbarians UiTM dapat Cup runner-up je and Team OoNey iaitu team UiTM Wanderes pun dpt runner-up tapi Shield jela..hehe so selepas habes game, ape lagi it's time for soping, soping pny soping sampai xsedar duit over spending da..hahahaa..OoNey beli coklat Kinder Buano, Cadbury Tiramitsu, Cadburry Panacotta, Cadbury gold forest, Toblerone, Daim Hershey kisses Almond dan tidak lupa juga Perfume kiriman rakan saya, iaitu Davidoff Cool Water. Bestnya soping tanpa TAX..hahaha..selepas makan beramai-ramai, kami pegi karaoke..wah xsangka semua rakan-rakan ragbi juga hati jiwang..nyanyi lagu cintan cintun jugak. Pada hari Ahad kami pun balik ke Kota Kinabalu.
Inilah hadiahnya, kalau picture coklat da abes,smua da dimakan oleh rakan-rakan
*sorry sebab cadar katil terlalu kemas


Oleh kerana kalian sudi baca posting OoNey ini saya hadiahkan anda gambar ini..

Orang kreatif kedua!!
*agak2 polis saman x?

Wednesday, July 21, 2010

Inilah hasil daripada dua event yang OoNey hadiri baru-baru ini

Hai kawan-kawan, lama xnampak mana tercampak?hehee saja bergurau senda, btw saje je nk tayang picha kt sini selepas aku hadiri dua event yang berbeza baru-baru ini
cuba click here link ni law nk tahu la..if xnk pun xpa..=D

Pada hari sabtu yang lalu, UiTM Sabah ada menganjurkan pertandingan rugby Canterbury Uitm Open 2010 bertempat di UiTM Sabah, sebanyak dua kategori yang dipertandingankan iaitu Club and IPTA. Aku main tuk IPTA je..Club pun ada gak under UiTM Sabah iaitu Babarians rugby club
jadi inilah keputusannya...


Dapat 3rd Place je..

Pada keesokkan harinya aku serta (majlis perwakilan pelajar)MPP bersama (sekretariat mahasiswa fakulti)SMF and (pembantu minggu destini siswa)PMDS telah berkunjung ke LE MERIDIAN kat K.kinabalu untuk bertemu dengan Dato' Razali Ibrahim(ahli parliment Muar) merangkap naib pemuda Umno and timbalan menteri belia da sukan..majlis adalah santai kerana beliau meraikan rakan-rakan facebooknya. jadi kami dilayan dengan cukup best. Makanan pun sedap2 gila..ish mls nk cerita kang korang jeles..heheehhe :-P
Sudah la makan pun sedap, aku sempat lagi menari dengan dia.tarian kebudayaan negeri sabah. Dengan kehadiran RTM Sabah aku pun apa lagi posing la..hahahaaa..ada la muka aku yang x hensem tu masuk..jadi nila hasilnya..

Tshirt
Cap

Beg
disatukan

tula Dato' Razali tu..

Sunday, July 18, 2010

Tag contest yang pertama oleh...

Today aku dapat tag yang pertama dari miss Illiana hidayah yang vouge lagi cumil.. iaitu tag untuk menunjukkan spek mata rayban yang mahal dan berkilat. apa-apa pun untuk tidak menghampakan miss illiana, saya tunaikan..:-P

1) Mestilah warganegara Malaysia sahaja tanpa mengambil kira had umur

2) Terbuka kepada blogger He and She

3) Korang mesti mempunyai blog sendiri bagi memudahkan sesi terjah blog...

4) Tidak diwajibkan menjadi follower Caer ....tapi pempokusan diberikan pada sahabat2 yang sudi memolownya.

5) Mesti memakai kaca mata yang menampakkan korang yang stylo , macho , maskulin..

6) Gambar boleh edit tapi jangan terlampau menonjol....

7) Copy banner contest dan linkkan terus pada banner contest....terpulang sama ada nak letakkan dalam entri atau pada bahagian sidebar blog korang....kalau buat dua2 lagi baik...

8) Tag 2 orang sahabat blogger pada akhir entri

9) Tarikh tutup contest : 1 September 2010


=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
.......
............
................
dan dua orang calon yang terpilih adalah??

jeng,jeng jeng...

RED LINDA
FIFIEY

Friday, July 16, 2010

Minggu yang sibuk dan penat

Pertama sekali syukur kehadrat ilahi kerana aku masih lagi sehat walalfiat. Sorry la kawan-kawan xsempat balas kunjungan kalian, ini kerana kelas yang xmenentu, tugas-tugas untuk semester baru ini. penat uish tapi xmengapa itu semua pengalaman yang aku inginkan sendiri, x guna merungut sedangkan hati yang inginkan tugas-tugas itu, apa-apa pun syukur minggu ni dah abes, asignment yang berlungguk, presentation, training ragbi, uruskan itu ini.
Esok plak ada UiTM Rugby Open dan masa yang sama ada modul, ish susah juga bila semua di plan saat2 akhir, pada hari Ahadnya pula aku ada sesi beramah mesra dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, oh tidurku tergangu!!..hehe just kidding.

apabila tidur dalam keadaan badan yang penat dan xcukup mula keluar mimpi2 yang merapu. Pssst nak dengar cite x....??

begini, pada satu ketika adelah, aku ada kt satu jalan ni..hehehe aku terjumpa awek ni, muka lawa siot dan mmg ada ciri2 yang aku idamkan la, bertudung lagi tu, then dia mintak tlg kt aku, dia cakap kereta die xbleh start dan dengan gentlemannya aku pegi la tolong, dah cek2 rupanya minyak abes, aku tanyala.."akak kenapa x isi minyak?? then dia cakap lupa la"..haha mangkuk kan? aku pun pegi beli semua then aku tanya la akak sorang je ke ni? then die cakap husband dia dah lari, dengan kepala otak yang mereng, xakanla laki dia bleh lari main nyorok2 lak kan, aku pn dengan baik hatinya cakap "jomla saya hantar akak balik rumah" uish gila naik Honda Accord yang baru tu..aku apa lagi,hahahaa..dengan muka bangga dan kacaknya drive la, after dah sampai kt rumah jumpa la dengan parents dia, duduk sembang2 semua, rumah banglo tu, ni memang anak orang kaya ni, tapi aku masih kehairanan kemana la laki dia ni. bila jalan cerita da semakin xfaham rupanya aku mimpi yang xmasuk dek akal...hahaha itulah akibatnya tidur dgn badan yang terlampau penat dan tension.

*maaf jalan cerita xseronok sebab nama pun mimpi kan, yang pelik2 berlaku and aku bukan igt sangat pun..apa yang aku mimpi, ini la aku cerita bulat2 balik tapi serius aku harap2 akak tu jodoh aku..wakakakaak

Jangan aku mimpi ini sudah!!!

Tuesday, July 13, 2010

Terima Kasih kepada rakan-rakan baru yang sudi melawat

.Post ini saya tujukan khas dan teristimewa buat kalian yang tak henti melawat blog saya.
ada juga yang ambil berat tentang diri saya walaupun kita xpenah kenal..terharu nie..=(
hehehee..terima kasih bebanyak kawan-kawan kerana sudi meluangkan masa dan buang tenaga tuk komen post2 saya ini..by the way jangan malu jangan segan law nk exchange link ek? dan lagi satu nuffnang tu hapa benda?hahaha sorry la im a newbie here..kepada wan hazel thanks beri tunjuk ajar about nuffnang tu tp xberkesempatan nak buat lagi
.=P

Sunday, July 11, 2010

Kepada yang xdapat tengok worldcup pagi ni..

Aku ada alternative lain tuk korang yang xdak tibi kt hostel, kolej, rumah or mybe dalam bas..tapi anda amat memerlukan internet connection yang laju la sbb kang lagging tu xbest la tp still boleh tengok lagi..

Apa yang anda perlukan:

1. Broadband, Streamyx, Wi-fi, dan sewaktu dengannya
2. Browser yang terkenal spt Mozilla and Goggle Chrome
3. laptop or pc yang ada adobe flash player
4. Enjoy la apa lagi.

Anda hanya perlu masuk ke laman web ini..tekan la dan ikuti arahannya
IraqGoals.TV -- Channel

Bon appetite..

Saturday, July 10, 2010

Tidak ke anda pelik dengan entri dibawah??.

Pada satu malam yang sunyi..amboi macam cerita penglipur lara la plak,.heheheh. Okey2 balik kepada cerita semula, Pada cuti semester yg lepas ni,aku d jmput bermain futsal di Sport Planet di Ipoh oleh kawan-kawan baikku..kami bertolak pada 7 pagi dari taiping dengan 5 orang dalam satu kreta kancil, jadi ikan sardin cap ayam la, pastu tetiba ada abang yg kerja celcom kami tu nk ikot, so aku naik la kereta dia, race punya race kt highway sampai la kt Sport Planet tu.

Cantik la tempat die,event kali ini agak besar la sebab kami join futsal anjuran celcom, bayar RM250 tu, bapak mahal, nasib la tu pun celcom yang sponsor. Bayangkanlah sampai Mytv3 datang, ada la dua tiga awek ni bergetah tol..cun seyh!...hehee dan tetiba Dafi yang berlakon Spa Q tu ada skali..aik??? rupanya dia kerja dgn Mytv3 tu. Ini disertakan bukti kukuh.



Dengan kehebatan yang kami ada, pemain futsal kosmo, Imetro, akademi bola perak, UiTM Sabah dan UM..kami MENANG dengan bergaya..iaitu MENANGgung kekalahan la..apa lagi..hahaahhaa biasa la bila jadi bidan terjun ni..sumanya tetiba di panggil suh main, xke heran ko citu..lepas nak balik semua kami g la makan kt kedai Tasik Raban kt stadium perak tu tp sayangnya tutup..pergila kami ke kedai Sabar Menanti.

Setibanya kami di sana, mak aih ramainya orang..tunggu punya tunggu punya tunggu..bulan xtimbul2..eh macam p. ramlee da. Hahaha mmg kena la dgn nama restoran tu sbb ayaq aku tunggu lama gak la, nsib la makan buffet law x memang mati kelaparan aku tunggu,
Dan apabila ku bersertakan rakan2 ku nak pulang kami ternampak kejadian yang pelik gak tapi kreatif, cuba anda perhatikan betul2...


*agak-agak polis saman x?

Friday, July 9, 2010

Happy Birthday!!!

Hari ini bersamaan 9/7/2010 genap la umur kawan ku yg bernama Norhaniza Md Akhir yang kini melangkah ke umur 23, diharapkan you'll success in ur life, study pun gempak dan semoga sehat2 selalu. sedar tak sedar dah tiga tahun berkawan secara maya. Walaupun x pernah bersua tp i tahu yang dia jujur in our friendship. Cuma pernah la bervideo calling beberapa kali. Tapi nnti raya saya datang ;-) Walaupun lately selalu bergaduh and kurangnya mood itu tidak membuatkan i lupa akan you..thanks for sentiasa berkawan with me eventhough i kadang2 buat u sakit hati with my words, my attitude and my nagging..but cuma janganlah bad mood with me..cian i,hik..Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke 23 buat anda...hadiah?em nak apa?hehee..

http://blogs.citypages.com/blotter/HappyBirthday35.gif

disertakan lagu untuknya

Wednesday, July 7, 2010

salam sejahtera ke atas kamu..

Assalamualaikum kepada rakan2 sekalian..huhu sori la lama xupdate blog ni,kunci blog hilang..lupa nk duplicate..btw apa khbr semua.huhu arini buat pertama kalinya aku berada di sabah seorang diri tanpa saudara mara..huhu mula2 tension bai,lama2 okey kot..sebelum masuk kolej da macam2 masalah aku tempuh..yaallah terima kasih atas dugaan itu..
tiba plak aku rindu linda mat topo..hahaha entah kenapa perangainya yg sengal dan sewel tu buat aku teringat..cuti da abes,class da mula,hati kt rumah,kepala kt bilik,fikiran kt moto..hahaha kla..melalut jela aku kt sini..bye