Pages

Saturday, August 28, 2010

10 Petanda Dia Adalah Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, dia sedia mengaku bahawa dia adalah buta warna dan cacat, tetapi dia tidak malu untuk mencerita kerana dia mahu diterima seadanya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya

Diambil dari petikan oleh Hj Abdul Samad

Friday, August 27, 2010

Selamanya...

Semerdu kicauan
Burung yg menyanyi
Mendamaikan semua keresahan
Seketika daku memikirkan
Kehadiran rindu
Terbayangkan wajah ayu yang
Semakin menganggu

Engkaulah dewi penyejuk hati
Hadirmu seumpamanya mimpi
Lalu kau menggembara dan mengenali
Keinginan senubari yang daku ingini

Bercahaya
Cinta yang terbina
Kini Cuma ada
Bahagia antara kita
Seandainya
Daku yang pertama bertakhta di hati
Setiap masa
Kau teristimewa

Selamanya
Akan ku pastikan
Abadi sentiasa
Tanpa penghujungnya
Seindah pelangi senja
Tiada bandingan
Kau teristimewa

Kerana mu
Aku pertahankan
Kesetiaan ini
Tiada berbelah bagi
Sekiranya
Kau jauh dari diriku
Tiada ku mampu
Menepis kerinduan
Dikala kesepian
Dikaulah kasihku

Monday, August 23, 2010

Bukan berceramah,cuma saling ingat mengingati terutama diri sendiri..

RASULULLAH SAW bersabda: “(Iaitu) ada pada bulan Ramadan. Kerana itu hendaklah kamu mencarinya pada 10 hari terakhir. Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, serta pada malam terakhirnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Al-Quran diturunkan sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum ia diturunkan kepada Rasulullah SAW selama 23 tahun sebagai pegangan dan petunjuk kepada manusia.


Hal ini berbeza pengertiannya dengan malam Nuzul Quran berikutan ia adalah saat pertama al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW di gua Hira’ yang terjadi pada 17 Ramadan.


Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya kami menurunkannya pada malam kemuliaan dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turunnya malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadar, 1-5) Walaupun diturunkan ayat ini, namun Allah SWT tidak menerangkan secara terperinci waktu kedatangan Lailatul Qadar.


Cuma yang diterangkan adalah nilai keutamaannya yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu, apabila tibanya malam Lailatul Qadar, ibadatnya lebih baik daripada seribu bulan yang tidak mempunyai satu malam Lailatul Qadar di dalamnya.

Namun Allah SWT berfirman: “Demi kitab (al-Quran) yang menjelaskan, sesungguhnya kami menurunkannya pada satu malam yang diberkati, dan sesungguhnya kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. Iaitu urusan yang besar di sisi kami, sesungguhnya kami yang mengutuskan rasul-rasul.” (al-Dukhan: 2-5) Sebagai umat Islam, kita dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti membaca al-Quran, berdoa, mengucapkan wirid, berzikir atau mengadakan kuliah agama.


Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa pada malam berkenaan, malaikat turun dan berjalan kepada seluruh individu yang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka.


Maka, dengan rahmat dan keredaan Allah SWT, diampunkan dosa hamba-Nya kecuali kepada empat golongan manusia iaitu peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus silaturahim dan individu yang bermusuhan.


Bagaimanapun, dalam kesibukan kita mencari Lailatul Qadar, jangan pula kita lupakan hari lain dalam Ramadan kerana keseluruhan Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa dan hanya diberi kepada umat Rasulullah SAW dan tidak kepada umat terdahulu sebelumnya.

*kenangan ketika berasrama,setiap hari-hari ganjil iaitu 21,23,25,27,29..kami berqiyamulail di surau sekolah S.M Teknik Ipoh kerana ustaz Fadzli pernah berpesan sesiapa yang nampak suatu malam itu(iaitu malam-malam ganjil) tiba-tiba bertukar menjadi putih dan cerah,bahawa itulah malam Lailatulqadar,tetapi OoNey tak pernah merasainya,mungkin belum tiba masanya lagi.

selamat mengerjakan ibadah berpuasa yer..:-)

Sunday, August 15, 2010

Pernahkah anda terfikir??

First of all, i would like to thank to all blogger yang sudi melawat my blog and doakan me supaya sembuh cepat dari demam panas yang menggila. Sangat terharu dengan wish rakan-rakan yang mahukan OoNey sehat cepat,yehiee. Maaflah lama xupdate,maklumla sakit baru baik,pastu puasa lagi kn.sebok sgt dgn assignment yang mencurah2 keladang gandum. belum terlambat untuk OoNey ucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada yang muslim, Puasa x??
okey topik hari ini, pernahkah anda terpikir akan kewujudan internet??siapakah yang mereka internet??siapakah yang memiliki internet??tahun bilakah internet dicipta?

hari ini saya akan berkongsi sedikit ilmu kepada tuan puan yer..

  • internet direka untuk scientist berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain dari berlainan tempat kemudian Networking project by Pentagon's Advanced research Projects Agency (ARPA) membina dan menaiktaraf internet pada tahun 1969.
  • pada tahun 1969 cuma ada 4 host dalam dunia dan pada tahun 1984 meningkat kepada 1000 hosts dan pada hari ini lebih 350 juta host dicipta
  • siapa yang mereka dan memiliki internet?pernah anda dengar tentang Bill Gates and Mark Zuckerberg? yea mereka billionaire dan memiliki syarikat Microsoft words and Facebook tetapi internet adalah sesuatu yang bebas dan tiada siapa yang memiliki internet. itu sebab kita xpernah dengar jutawan yang memegang internet.bayangkan ada orang yang mencipta internet dan kita kena bayar untuk menggunakannya,bayangkan main blog ni pun kena bayar..hee fikir2kanlah yee
Terima kasih sekali lagi kepada yang mendoakan kesihatan OoNey,yang membantu Ooney ketika OoNey sakit, Yang mengambil berat terhadap kesihatan OoNey dan yang selalu melawat blog Ooney ini..heee=P
Penutup..

*Adik siapa ni?

Monday, August 9, 2010

Kepada wanita-wanita-Please read this

SAYA gadis berumur 20 tahun dan dikategorikan seorang yang cantik dan sentiasa menjadi bualan di tempat kerja. Saya baru mendapat kerja dengan gaji lumayan di syarikat perumahan swasta.

Di pejabat, saya mengenali Kak Intan dan dia memberitahu menginap di kondominium mewah yang dibayar syarikat. Apa yang menghairankan, Kak Intan tinggal serumah dengan bos tetapi memberi alasan bilik berbeza.


Ramai pekerja di pejabat mendakwa mereka sudah lama bersekedudukan, namun tiada siapa berani bertanya kerana boleh membuang sesiapa sahaja yang tidak disukainya.


Satu hari, Kak Intan mempelawa saya tinggal bersamanya kerana menurutnya, bos akan berpindah ke rumah lain. Saya terpaksa bersetuju selepas dipujuk berkali-kali walaupun dalam hati saya masih ada perasaan syak wasangka.


Sepanjang di kediaman itu, Kak Intan melayan saya dengan baik dan menganggap seperti adik sendiri. Selepas dua bulan, bos berpindah balik ke rumah itu dan saya tidak terdaya membantah. Pengalaman hitam saya bermula apabila satu malam Kak Intan mempersiapkan makan malam yang istimewa untuk saya. Tanpa disedari, Kak Intan memasukkan ubat tidur dalam minuman dan pada malam itu bos meniduri saya. Saya hanya mampu menangis mengingati arwah ibu, bapa dan tunang.


Saya ke pejabat setiap hari dan menganggap tiada apa yang berlaku walaupun terpaksa berhadapan dengan bos dan Kak Intan.


Kak Intan memberitahu ada mengambil gambar bogel saya ketika tidur untuk diberikan kepada bos. Dia mengugut saya jangan berpindah atau bos akan memberhentikan saya serta-merta selain menyebarkan gambar bogel itu.


Saya membenci Kak Intan tetapi terpaksa bekerja kerana ia punca pendapatan saya.


Tolonglah Dr, adakah saya patut berhenti kerja? Perlukah saya memberitahu kejadian sebenar kepada tunang saya? Saya takut tunang membatalkan perkahwinan jika tahu mengenai perkara itu.


Saya juga kasihan dengan gadis di pejabat itu yang mungkin menjadi mangsa bos melalui perantaraan Kak Intan. Apa patut saya lakukan?

petikan dari myMetro..

Second award from my friend..

1. Ucap terima kasih kat insan yang tag kat kita tu dan jangan lupa link kan.
award ini dikirimkan oley miss lily yg cutelagicumil..sile la jenguk ke blognya..jgn ngorat sudah!!..=P

2.Tag 20 orang blogger yang anda pikirkan olalala tropika! fantastic bola bola! yaa reba ya rebba! hehehe..actually 15 je tapi ramai blogger yang menceriakan hidup OoNey..
mereka di pilih berdasarkan merit iaitu yang paling byk menceriakan hidup OoNey:
1.http://pinkygirltalk.blogspot.com
2.http://analizzamani.blogspot.com
3.http://shiydaaqma.blogspot.com
4.http://shalizasyasya.blogspot.com
5.http://teddypinkygurl.blogspot.com
6.http://applemerah.blogspot.com
7.http://mysmallcottage.blogspot.com
8.http://kiminggo-rahman.blogspot.com
9.http://journey-of-red.blogspot.com
10.http://sudais-sudais.blogspot.com
11.http://www.sufiahyunos.blogspot.com
12.http://wanhazel.blogspot.com
13.http://blossom-sakura.blogspot.com
14.http://zuerastory.blogspot.com
15.http://chybeelila.com
16.http://so-calledchloe.blogspot.com
17.http://lightofdaprincess.blogspot.com
18.http://bilaakumenulisblog.blogspot.com
19.http://fifieylycheemaration.blogspot.com
20.http://iamherdaughter.blogspot.com
3.Kene bagitau insan-insan yang bertuah kat atas ni menerusi chatbox dorang

dalam proses le ni..

4. Nyatakan 7 perkara tentang diri sendiri:
1.merupakan pelajar uitm sabah
2.asal perak
3.pemain ragbi
4.peramah dan suka kacau orang
5.mudah dibawa berbincang
6.lahir tahun 1989
7.suka meronda with moto kesayangan

Saturday, August 7, 2010

Aku Pernah....

Pernahkah anda merasai pengalaman mencintai dan dicintai? Hari ini Pakar motivasi cinta akan memberikan ceramah bertajuk, cinta-kebahagiaan atau kesengsaraan. semua makhluk Allah akan pernah mengalami perasaan ini walaupun bukan kepada seseorang yang istimewa,tetapi pernah juga mencintai haiwan dan Yang Esa. tapi jujur saya katakan semua manusia mesti pernah bercinta sesama manusia iaitu dari lelaki dan juga wanita,begitu sebaliknya. dalam ranjau percintaan ini pasti banyak yang perlu kita tempuhi dan di korbankan, maksud berkorban ini adalah dari segi perasaan dan hati. kita mesti mahu di sayangi oleh pasangan kita, tetapi bagaimana dia tidak nampak apa semua usaha kita untuk mendekati dan menjaga hatinya?? perasaan bercinta amat indah sekiranya di uruskan dengan betul.

Berikut adalah tips untuk kekal indah dalam percintaan:

1.cuba memahami kehendak pasangan kita, dan bukannya inginkan pasangan kita yang faham akan diri dan perasaaan kita.
2.cuba untuk tidak mencari apa salah mereka sebaliknya muhasabah diri kita sendiri,
3.cuba luahkan apa yang kita inginkan dan apa yang tidak kita inginkan
4.cintailahnya seadaanya dan bukan berlandaskan nafsu.
5.setinggi mana pun pangkat dan jawatan kita, janganla ada perasaan bongkak dan ego
6.bersabar dan usaha untuk tidak berbalah tetapi manusia pun ada had kesabarannya.
7.hargainya seperti mana dia menghargai anda dan bukannya dengan ikut perasaan dan ego anda
8.jangan kira apa yang dia buat untuk kita tetapi sama-sama berusaha untuk menlengkapkan hubungan itu
9.berdoalah kehadrat tuhan semoga hubungan itu berkekalan
10.umur tidak menunjukkan kematangan tetapi pengalaman itu mendewasakan pemikiran
11.sekiranya anda ada perasaan terhadap seseorang tetapi dia tidak mengetahuinya, janganlah malu atau segan untuk meluahkan, sebab lagi lama anda tahan.jadi kanser tu..
12.yang paling penting, jagala hati pasangan masing-masing.
13.sekiranya ada orang ketiga hadir dalam hubungan anda, cubala untuk tidak cepat melatah, tetapi pasangan anda juga itu perlu tahu bahawa anda ini pasangan, so tidak manis keluar dengan lelaki lain pada masa yang sama anda sedang in relationship.
14.kepada lelaki-lelaki, kita adalah ketua dan jangan la jadikan itu alasan untuk menidas kaum hawa.
15.cuba berubah untuk kebaikan hubungan itu, tetapi sekiranya pasangan anda kerap melafazkan bahawa segalanya salah anda.its time to make a move..tell her/him.


Ooney penah la rasa semua ini, tetapi apa boleh buat, di duga sebegini rupa,diharap dapat survive la..insyAllah huhu..actually OoNey tengah demam ni. nasib la ada orang yang ambil berat keadaan OoNey walaupun OoNey mengharapkan panggilan darinya..