Pages

Monday, August 9, 2010

Kepada wanita-wanita-Please read this

SAYA gadis berumur 20 tahun dan dikategorikan seorang yang cantik dan sentiasa menjadi bualan di tempat kerja. Saya baru mendapat kerja dengan gaji lumayan di syarikat perumahan swasta.

Di pejabat, saya mengenali Kak Intan dan dia memberitahu menginap di kondominium mewah yang dibayar syarikat. Apa yang menghairankan, Kak Intan tinggal serumah dengan bos tetapi memberi alasan bilik berbeza.


Ramai pekerja di pejabat mendakwa mereka sudah lama bersekedudukan, namun tiada siapa berani bertanya kerana boleh membuang sesiapa sahaja yang tidak disukainya.


Satu hari, Kak Intan mempelawa saya tinggal bersamanya kerana menurutnya, bos akan berpindah ke rumah lain. Saya terpaksa bersetuju selepas dipujuk berkali-kali walaupun dalam hati saya masih ada perasaan syak wasangka.


Sepanjang di kediaman itu, Kak Intan melayan saya dengan baik dan menganggap seperti adik sendiri. Selepas dua bulan, bos berpindah balik ke rumah itu dan saya tidak terdaya membantah. Pengalaman hitam saya bermula apabila satu malam Kak Intan mempersiapkan makan malam yang istimewa untuk saya. Tanpa disedari, Kak Intan memasukkan ubat tidur dalam minuman dan pada malam itu bos meniduri saya. Saya hanya mampu menangis mengingati arwah ibu, bapa dan tunang.


Saya ke pejabat setiap hari dan menganggap tiada apa yang berlaku walaupun terpaksa berhadapan dengan bos dan Kak Intan.


Kak Intan memberitahu ada mengambil gambar bogel saya ketika tidur untuk diberikan kepada bos. Dia mengugut saya jangan berpindah atau bos akan memberhentikan saya serta-merta selain menyebarkan gambar bogel itu.


Saya membenci Kak Intan tetapi terpaksa bekerja kerana ia punca pendapatan saya.


Tolonglah Dr, adakah saya patut berhenti kerja? Perlukah saya memberitahu kejadian sebenar kepada tunang saya? Saya takut tunang membatalkan perkahwinan jika tahu mengenai perkara itu.


Saya juga kasihan dengan gadis di pejabat itu yang mungkin menjadi mangsa bos melalui perantaraan Kak Intan. Apa patut saya lakukan?

petikan dari myMetro..

18 Share Their Opinion:

Miss AZ said...

kesiannya perempuan tu..
jahat betul kak intan n bos dia..
kejamm...

TF said...

waa..npe nme nye intan ...ish3.
tp memg xpatut die wat cm tuh

Illiana Hidayah said...

Ya Allah...kejamnye manusia zaman sekarang...selalu lah berlindung dengan Yang Maha Esa, amalkan 3Qul utk dptkan perlindungan dari sihir dan segala2..

OoNey™ said...

mirra:huhu itula,rasanya kak intan ni pun da kena dgn bos dia..so the conclusion is, mangsa kena buat repot kepada pihak berkuasa, negara kita ada undang2..so jgn takut,leh cari kerja lain and about sebar gambar bogel tu, jgn takut,polis thu la kerja dorang.

sufiah:huhu kenapa dgn nama intan tu? itula, xda hati perut.ni la akibat hdup berlndaskan nafsu syaitan

illiana:biasa la tu, makin maju dunia kita,makin kejam manusia, thanks for da nasihat yer..kawan2 mari amalkan selalu dan hati2 la dgn perlawaaan begini

CIK TOM said...

jahatnye...hurm..dunia da nak kiamat..perempuan aniaya pmpn...so, ladies beware...walau dimana2 try pakaian sopan...even in the bath room..hehe...

F. said...
This comment has been removed by the author.
F. said...

OMG!!! so poor that gurl..
i can't imagine if im in her shoes ='( so sad...

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

astaghfirullahalazim...apa nk jadi dengan manusia sekarang??semuanya punya perasaan namun tidak punya rasa yang betul..a.k.a mereka menggunakan akal singkat untuk melakukan sesuatu...doakanlah agar kita semua terpelihara dengan perkara2 sedemikian..

Unknown said...

hish.! ngeriny..kesian kot kt pempuan tu..urmm..dunia ni mcm2 kn.

OoNey™ said...

tomatogurl:itula..dunia smkin hmpir kepada penghujungnya..aik even in bath room?hehe...iyakn mana la thu dpt jiran yg sex maniac..

faza:huhu so sad kn?niat nk kerja tpi di jdikan hamba nfsu seks..apapun2 be careful b4 we do anything

fifiey:amin2..dihrpkn kita semua di lindungi oleh yg maha kuasa..mnusia skng kbykn hdup berpndukan nafsu semata2..

cik yuki:kesian kot?hhuhu..mmg ksian pun u..umor bru 20...itula dunia ni mmg kejam..pernah dgr pepatah ni x?yang jahat akan menakluki dunia,yang jujur dan lemah jdi hamba..

Pinky Pixie said...

x sangka, kaum sejenis pun sanggup lakukan macam tu. isk2, mntak dijauhkan lah dr pkara2 cmni..

s h a said...

ish2...dasatnyew...x patut btol kak intan tu...huhuh...mintak jauh la benda2 cmtu...

CHEGU ALONG said...

skrg..segalanya mungkin.kena berhati-hati..

OoNey™ said...

Pinky:bila diri diperangkap dgn cara yg sama..jdi jantina yg sama juga yang kena..so hati2 la..selalunya kawan2 kita ni yg nk kena jaga lebih

shee:thu xpe..jahat kn?amin2...harap2 semua blogger dilindungi ea..

chegu along:benar!..

ID said...

sebenarnya kalau perangai dah pelik cam tu kak intanya ..mmg tak leh bawak dekat pun..sgt bahya..terus trang ja nagn tunag..biar lah ada gambar bogel tu pun..tapi tu semua kerana bukan kehendak diri..

OoNey™ said...

zaujahafis:betul2..org begtu layak disumbat dlm lokap je..

bab tu sy amat setuju dgn u..

Ms and Mr Red Ribbon said...

cite baik2 ngan tunang, or your best friend... try to leave the company but have to have someone that can back u up in case diorang sebarkan gambar tu... ugut balik boss tu!!! diorang pun mesti taknak reputation dioarng hancur kan?

or... terus report polis, tangkap before diorang blh sebarkan gambar tu...

OoNey™ said...

cadangan yg bernas dri red ribbon..betul tu,negara kita bukan xde undang2..suka2 je nk ugut orang gitu,kesian perempuan tu..xpsal2 kene jdi tmpt pemuas nafsu bos durjana..