Monday, November 15, 2010
Kenapa budak-budak zaman sekarang tak ada perikemanusian?????
Saturday, November 13, 2010
bosan menanti hari untuk pulang
Wednesday, October 20, 2010
Blog OoNey Bedtime-story berharga RM 31,130.25
Thursday, October 14, 2010
minggu peperiksaan
Tuesday, October 5, 2010
Special entry 2 in 1:Justin Bieber berumur 51tahun dan bukannya 16? and 100 follower
Kedua sekali anda pernah tgk video ini?
tajuk berita ini adalah Justin Bieber Found To Be Cleverly Disguised 51-Year-Old Pedophile
Kepada peminat-peminat Justin Bieber or JB anda telah ditipu.....
hehe actually tidak la,ini adalah konspiracy oleh orang yang dengki with him,so they create la apa-apa untuk menjatuhkan dia..biasa its a AMERICA-Democratic country,freedom land..tapi mana tahu kot2 betul??cube la cari bukti sahih ya kawan-kawan
Friday, October 1, 2010
Jangan salah faham, ini bukan lucah
cerita dia begini,minggu ni ooney kena siapkan assignment Office Management yang baru je hantar tadi bersamaan 1hb Oct 2010. sedang bersemangat mencari Office layout tetiba ooney ingat la about interior decoration then ooney taip pasu bunga, then ooney search kt Google and kalian jangan terkejut pulak..dah ready??baca la apa2 yang patut..sifir ke xpun pantun 2 kerat ke..
Sunday, September 26, 2010
Oh sungguh lama tidak update!!
blog walking,besa la bila da balik perak, mmg atas moto jela,lptop jarang2 disentuh,XD
pengalaman raya sangat seronok,ramai sahabat dan teman datang ke rumah,dan syukur
kehadrat ilahi sebab masih menemukan dgn tok aku selepas dua tahun tidak pulang
beraya,huhu dan raya kali ini amat bermakna sebab kedatangan kawan ku dan adik ku ke
rumah. Terima Kasih kepada mama sebab 4hari berturut-turut masak untuk saudara mara
serta rakan-rakan,pastu saudara mara pulak ada ramai yang merisik pada raya kali
ini,meriah sungguh.aku bila lagi?hahaa insyallah ada rezeki tu ada la orang
cakap,kemudiannya aku pergi ke rumah sahabat ku yang jauh berada di seberang pulau. dan
sedap jamuan yang disediakan..hehe..best2..so dgn ini saya sertakan gmbar raya walaupun
agak terlewat..hehehe..komen tau!!
Dotty Grabble my new sibling!
p/s:ngh tido jgn kaco!
bukan dibuat2,mmg dia suka dduk begitu
Sesi memohon maaf dipagi hari
self-timer
Anak buah,comel x??
kali ini dgn adik dia
baru sebahagian daripada keluarga mama
saya,khai,angah and izzy
agak panas/bersama tok kesayangan!
my siblings with abejang
dara-dara pingitan
ipan yang main bunga api
alif!
teluk bahang dam..
husna and eija
semua picture ini menggunakan D90
Saturday, September 4, 2010
Bon Voyage Kota Kinabalu..
Saturday, August 28, 2010
10 Petanda Dia Adalah Jodoh Kita
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, dia sedia mengaku bahawa dia adalah buta warna dan cacat, tetapi dia tidak malu untuk mencerita kerana dia mahu diterima seadanya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya
Diambil dari petikan oleh Hj Abdul Samad
Friday, August 27, 2010
Selamanya...
Burung yg menyanyi
Mendamaikan semua keresahan
Seketika daku memikirkan
Kehadiran rindu
Terbayangkan wajah ayu yang
Semakin menganggu
Engkaulah dewi penyejuk hati
Hadirmu seumpamanya mimpi
Lalu kau menggembara dan mengenali
Keinginan senubari yang daku ingini
Bercahaya
Cinta yang terbina
Kini Cuma ada
Bahagia antara kita
Seandainya
Daku yang pertama bertakhta di hati
Setiap masa
Kau teristimewa
Selamanya
Akan ku pastikan
Abadi sentiasa
Tanpa penghujungnya
Seindah pelangi senja
Tiada bandingan
Kau teristimewa
Kerana mu
Aku pertahankan
Kesetiaan ini
Tiada berbelah bagi
Sekiranya
Kau jauh dari diriku
Tiada ku mampu
Menepis kerinduan
Dikala kesepian
Monday, August 23, 2010
Bukan berceramah,cuma saling ingat mengingati terutama diri sendiri..
RASULULLAH SAW bersabda: “(Iaitu) ada pada bulan Ramadan. Kerana itu hendaklah kamu mencarinya pada 10 hari terakhir. Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, serta pada malam terakhirnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Al-Quran diturunkan sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum ia diturunkan kepada Rasulullah SAW selama 23 tahun sebagai pegangan dan petunjuk kepada manusia.
Hal ini berbeza pengertiannya dengan malam Nuzul Quran berikutan ia adalah saat pertama al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW di gua Hira’ yang terjadi pada 17 Ramadan.
Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya kami menurunkannya pada malam kemuliaan dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turunnya malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadar, 1-5) Walaupun diturunkan ayat ini, namun Allah SWT tidak menerangkan secara terperinci waktu kedatangan Lailatul Qadar.
Cuma yang diterangkan adalah nilai keutamaannya yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu, apabila tibanya malam Lailatul Qadar, ibadatnya lebih baik daripada seribu bulan yang tidak mempunyai satu malam Lailatul Qadar di dalamnya.
Namun Allah SWT berfirman: “Demi kitab (al-Quran) yang menjelaskan, sesungguhnya kami menurunkannya pada satu malam yang diberkati, dan sesungguhnya kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. Iaitu urusan yang besar di sisi kami, sesungguhnya kami yang mengutuskan rasul-rasul.” (al-Dukhan: 2-5) Sebagai umat Islam, kita dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti membaca al-Quran, berdoa, mengucapkan wirid, berzikir atau mengadakan kuliah agama.
Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa pada malam berkenaan, malaikat turun dan berjalan kepada seluruh individu yang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka.
Maka, dengan rahmat dan keredaan Allah SWT, diampunkan dosa hamba-Nya kecuali kepada empat golongan manusia iaitu peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus silaturahim dan individu yang bermusuhan.
Bagaimanapun, dalam kesibukan kita mencari Lailatul Qadar, jangan pula kita lupakan hari lain dalam Ramadan kerana keseluruhan Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa dan hanya diberi kepada umat Rasulullah SAW dan tidak kepada umat terdahulu sebelumnya.
*kenangan ketika berasrama,setiap hari-hari ganjil iaitu 21,23,25,27,29..kami berqiyamulail di surau sekolah S.M Teknik Ipoh kerana ustaz Fadzli pernah berpesan sesiapa yang nampak suatu malam itu(iaitu malam-malam ganjil) tiba-tiba bertukar menjadi putih dan cerah,bahawa itulah malam Lailatulqadar,tetapi OoNey tak pernah merasainya,mungkin belum tiba masanya lagi.
selamat mengerjakan ibadah berpuasa yer..:-)
Sunday, August 15, 2010
Pernahkah anda terfikir??
okey topik hari ini, pernahkah anda terpikir akan kewujudan internet??siapakah yang mereka internet??siapakah yang memiliki internet??tahun bilakah internet dicipta?
hari ini saya akan berkongsi sedikit ilmu kepada tuan puan yer..
- internet direka untuk scientist berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain dari berlainan tempat kemudian Networking project by Pentagon's Advanced research Projects Agency (ARPA) membina dan menaiktaraf internet pada tahun 1969.
- pada tahun 1969 cuma ada 4 host dalam dunia dan pada tahun 1984 meningkat kepada 1000 hosts dan pada hari ini lebih 350 juta host dicipta
- siapa yang mereka dan memiliki internet?pernah anda dengar tentang Bill Gates and Mark Zuckerberg? yea mereka billionaire dan memiliki syarikat Microsoft words and Facebook tetapi internet adalah sesuatu yang bebas dan tiada siapa yang memiliki internet. itu sebab kita xpernah dengar jutawan yang memegang internet.bayangkan ada orang yang mencipta internet dan kita kena bayar untuk menggunakannya,bayangkan main blog ni pun kena bayar..hee fikir2kanlah yee
Monday, August 9, 2010
Kepada wanita-wanita-Please read this
SAYA gadis berumur 20 tahun dan dikategorikan seorang yang cantik dan sentiasa menjadi bualan di tempat kerja. Saya baru mendapat kerja dengan gaji lumayan di syarikat perumahan swasta.
Di pejabat, saya mengenali Kak Intan dan dia memberitahu menginap di kondominium mewah yang dibayar syarikat. Apa yang menghairankan, Kak Intan tinggal serumah dengan bos tetapi memberi alasan bilik berbeza.
Ramai pekerja di pejabat mendakwa mereka sudah lama bersekedudukan, namun tiada siapa berani bertanya kerana boleh membuang sesiapa sahaja yang tidak disukainya.
Satu hari, Kak Intan mempelawa saya tinggal bersamanya kerana menurutnya, bos akan berpindah ke rumah lain. Saya terpaksa bersetuju selepas dipujuk berkali-kali walaupun dalam hati saya masih ada perasaan syak wasangka.
Sepanjang di kediaman itu, Kak Intan melayan saya dengan baik dan menganggap seperti adik sendiri. Selepas dua bulan, bos berpindah balik ke rumah itu dan saya tidak terdaya membantah. Pengalaman hitam saya bermula apabila satu malam Kak Intan mempersiapkan makan malam yang istimewa untuk saya. Tanpa disedari, Kak Intan memasukkan ubat tidur dalam minuman dan pada malam itu bos meniduri saya. Saya hanya mampu menangis mengingati arwah ibu, bapa dan tunang.
Saya ke pejabat setiap hari dan menganggap tiada apa yang berlaku walaupun terpaksa berhadapan dengan bos dan Kak Intan.
Kak Intan memberitahu ada mengambil gambar bogel saya ketika tidur untuk diberikan kepada bos. Dia mengugut saya jangan berpindah atau bos akan memberhentikan saya serta-merta selain menyebarkan gambar bogel itu.
Saya membenci Kak Intan tetapi terpaksa bekerja kerana ia punca pendapatan saya.
Tolonglah Dr, adakah saya patut berhenti kerja? Perlukah saya memberitahu kejadian sebenar kepada tunang saya? Saya takut tunang membatalkan perkahwinan jika tahu mengenai perkara itu.
Saya juga kasihan dengan gadis di pejabat itu yang mungkin menjadi mangsa bos melalui perantaraan Kak Intan. Apa patut saya lakukan?
petikan dari myMetro..
Second award from my friend..
award ini dikirimkan oley miss lily yg cutelagicumil..sile la jenguk ke blognya..jgn ngorat sudah!!..=P
1.http://pinkygirltalk.blogspot.com
2.http://analizzamani.blogspot.com
3.http://shiydaaqma.blogspot.com
4.http://shalizasyasya.blogspot.com
5.http://teddypinkygurl.blogspot.com
6.http://applemerah.blogspot.com
7.http://mysmallcottage.blogspot.com
8.http://kiminggo-rahman.blogspot.com
9.http://journey-of-red.blogspot.com
10.http://sudais-sudais.blogspot.com
11.http://www.sufiahyunos.blogspot.com
12.http://wanhazel.blogspot.com
13.http://blossom-sakura.blogspot.com
14.http://zuerastory.blogspot.com
15.http://chybeelila.com
16.http://so-calledchloe.blogspot.com
17.http://lightofdaprincess.blogspot.com
18.http://bilaakumenulisblog.blogspot.com
19.http://fifieylycheemaration.blogspot.com
20.http://iamherdaughter.blogspot.com
3.Kene bagitau insan-insan yang bertuah kat atas ni menerusi chatbox dorang
4. Nyatakan 7 perkara tentang diri sendiri:
1.merupakan pelajar uitm sabah
2.asal perak
3.pemain ragbi
4.peramah dan suka kacau orang
5.mudah dibawa berbincang
6.lahir tahun 1989
7.suka meronda with moto kesayangan
Saturday, August 7, 2010
Aku Pernah....
Berikut adalah tips untuk kekal indah dalam percintaan:
1.cuba memahami kehendak pasangan kita, dan bukannya inginkan pasangan kita yang faham akan diri dan perasaaan kita.
2.cuba untuk tidak mencari apa salah mereka sebaliknya muhasabah diri kita sendiri,
3.cuba luahkan apa yang kita inginkan dan apa yang tidak kita inginkan
4.cintailahnya seadaanya dan bukan berlandaskan nafsu.
5.setinggi mana pun pangkat dan jawatan kita, janganla ada perasaan bongkak dan ego
6.bersabar dan usaha untuk tidak berbalah tetapi manusia pun ada had kesabarannya.
7.hargainya seperti mana dia menghargai anda dan bukannya dengan ikut perasaan dan ego anda
8.jangan kira apa yang dia buat untuk kita tetapi sama-sama berusaha untuk menlengkapkan hubungan itu
9.berdoalah kehadrat tuhan semoga hubungan itu berkekalan
10.umur tidak menunjukkan kematangan tetapi pengalaman itu mendewasakan pemikiran
11.sekiranya anda ada perasaan terhadap seseorang tetapi dia tidak mengetahuinya, janganlah malu atau segan untuk meluahkan, sebab lagi lama anda tahan.jadi kanser tu..
12.yang paling penting, jagala hati pasangan masing-masing.
13.sekiranya ada orang ketiga hadir dalam hubungan anda, cubala untuk tidak cepat melatah, tetapi pasangan anda juga itu perlu tahu bahawa anda ini pasangan, so tidak manis keluar dengan lelaki lain pada masa yang sama anda sedang in relationship.
14.kepada lelaki-lelaki, kita adalah ketua dan jangan la jadikan itu alasan untuk menidas kaum hawa.
15.cuba berubah untuk kebaikan hubungan itu, tetapi sekiranya pasangan anda kerap melafazkan bahawa segalanya salah anda.its time to make a move..tell her/him.
Ooney penah la rasa semua ini, tetapi apa boleh buat, di duga sebegini rupa,diharap dapat survive la..insyAllah huhu..actually OoNey tengah demam ni. nasib la ada orang yang ambil berat keadaan OoNey walaupun OoNey mengharapkan panggilan darinya..
Saturday, July 31, 2010
Cerita OoNey Time Baru Bangun...still jadi bedtime story ke?:-P
Wednesday, July 21, 2010
Inilah hasil daripada dua event yang OoNey hadiri baru-baru ini
cuba click here link ni law nk tahu la..if xnk pun xpa..=D
Pada hari sabtu yang lalu, UiTM Sabah ada menganjurkan pertandingan rugby Canterbury Uitm Open 2010 bertempat di UiTM Sabah, sebanyak dua kategori yang dipertandingankan iaitu Club and IPTA. Aku main tuk IPTA je..Club pun ada gak under UiTM Sabah iaitu Babarians rugby club
jadi inilah keputusannya...
Dapat 3rd Place je..
Sudah la makan pun sedap, aku sempat lagi menari dengan dia.tarian kebudayaan negeri sabah. Dengan kehadiran RTM Sabah aku pun apa lagi posing la..hahahaaa..ada la muka aku yang x hensem tu masuk..jadi nila hasilnya..
Sunday, July 18, 2010
Tag contest yang pertama oleh...
8) Tag 2 orang sahabat blogger pada akhir entri
Friday, July 16, 2010
Minggu yang sibuk dan penat
Esok plak ada UiTM Rugby Open dan masa yang sama ada modul, ish susah juga bila semua di plan saat2 akhir, pada hari Ahadnya pula aku ada sesi beramah mesra dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, oh tidurku tergangu!!..hehe just kidding.
apabila tidur dalam keadaan badan yang penat dan xcukup mula keluar mimpi2 yang merapu. Pssst nak dengar cite x....??
begini, pada satu ketika adelah, aku ada kt satu jalan ni..hehehe aku terjumpa awek ni, muka lawa siot dan mmg ada ciri2 yang aku idamkan la, bertudung lagi tu, then dia mintak tlg kt aku, dia cakap kereta die xbleh start dan dengan gentlemannya aku pegi la tolong, dah cek2 rupanya minyak abes, aku tanyala.."akak kenapa x isi minyak?? then dia cakap lupa la"..haha mangkuk kan? aku pun pegi beli semua then aku tanya la akak sorang je ke ni? then die cakap husband dia dah lari, dengan kepala otak yang mereng, xakanla laki dia bleh lari main nyorok2 lak kan, aku pn dengan baik hatinya cakap "jomla saya hantar akak balik rumah" uish gila naik Honda Accord yang baru tu..aku apa lagi,hahahaa..dengan muka bangga dan kacaknya drive la, after dah sampai kt rumah jumpa la dengan parents dia, duduk sembang2 semua, rumah banglo tu, ni memang anak orang kaya ni, tapi aku masih kehairanan kemana la laki dia ni. bila jalan cerita da semakin xfaham rupanya aku mimpi yang xmasuk dek akal...hahaha itulah akibatnya tidur dgn badan yang terlampau penat dan tension.
*maaf jalan cerita xseronok sebab nama pun mimpi kan, yang pelik2 berlaku and aku bukan igt sangat pun..apa yang aku mimpi, ini la aku cerita bulat2 balik tapi serius aku harap2 akak tu jodoh aku..wakakakaak
Tuesday, July 13, 2010
Terima Kasih kepada rakan-rakan baru yang sudi melawat
ada juga yang ambil berat tentang diri saya walaupun kita xpenah kenal..terharu nie..=(
hehehee..terima kasih bebanyak kawan-kawan kerana sudi meluangkan masa dan buang tenaga tuk komen post2 saya ini..by the way jangan malu jangan segan law nk exchange link ek? dan lagi satu nuffnang tu hapa benda?hahaha sorry la im a newbie here..kepada wan hazel thanks beri tunjuk ajar about nuffnang tu tp xberkesempatan nak buat lagi.=P
Sunday, July 11, 2010
Kepada yang xdapat tengok worldcup pagi ni..
Apa yang anda perlukan:
1. Broadband, Streamyx, Wi-fi, dan sewaktu dengannya
2. Browser yang terkenal spt Mozilla and Goggle Chrome
3. laptop or pc yang ada adobe flash player
4. Enjoy la apa lagi.
Anda hanya perlu masuk ke laman web ini..tekan la dan ikuti arahannya
IraqGoals.TV -- Channel
Bon appetite..
Saturday, July 10, 2010
Tidak ke anda pelik dengan entri dibawah??.
Cantik la tempat die,event kali ini agak besar la sebab kami join futsal anjuran celcom, bayar RM250 tu, bapak mahal, nasib la tu pun celcom yang sponsor. Bayangkanlah sampai Mytv3 datang, ada la dua tiga awek ni bergetah tol..cun seyh!...hehee dan tetiba Dafi yang berlakon Spa Q tu ada skali..aik??? rupanya dia kerja dgn Mytv3 tu. Ini disertakan bukti kukuh.
Setibanya kami di sana, mak aih ramainya orang..tunggu punya tunggu punya tunggu..bulan xtimbul2..eh macam p. ramlee da. Hahaha mmg kena la dgn nama restoran tu sbb ayaq aku tunggu lama gak la, nsib la makan buffet law x memang mati kelaparan aku tunggu, Dan apabila ku bersertakan rakan2 ku nak pulang kami ternampak kejadian yang pelik gak tapi kreatif, cuba anda perhatikan betul2...
Friday, July 9, 2010
Happy Birthday!!!
disertakan lagu untuknya